Irfan Khairi - Nota Jutawan Nota Motivasi

Irfan Khairi - Nota Jutawan Nota Motivasi
Brand: Telaga Biru Sdn Bhd
Product Code: TBBK1065
Availability: 1
Price: RM40.00
Ex Tax: RM40.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Irfan Khairi - Buku Nota Jutawan Nota Motivasi

Agama Islam ialah agama yang cukup lengkap yang menggalakkan umatnya supaya beramal, berusaha dan bekerja untuk menyara hidup sama ada untuk kepentingan dunia mahupun akhirat. Surah al-Qasas ayat 77 ada menyebut yang bermaksud;

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu ) daripada dunia.”

Ayat di atas secara jelas memberitahu kita betapa Islam sangat sayangkan umatnya yang berusaha mengumpul harta di dunia demi mendapat keberkatan di akhirat.

Namun begitu, ramai antara kita kurang menyedari hakikat ini dan beranggapan bahawa kekayaan hanya akan menyebabkan seseorang itu lupa akan tanggungjawabnya terhadap agama. Namun begitu, tanggapan sedemikian tidak selalunya benar kerana kemiskinan juga mungkin akan menyebabkan manusia malas berusaha dan menyalahkan takdir di atas kesusahan yang menimpa mereka.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Hampir kemiskinan itu membawa kekufuran…”

Malah Baginda juga pernah berdoa yang bermaksud,

“Ya Allah, aku berlindung denganmu daripada kekufuran, kefakiran dan azab kubur…”

Apa yang penting, umat Islam seharusnya menjauhi sifat tamak, dengki dan lupa diri apabila mengecapi kekayaan kelak.

Untuk menjadi insan yang berharta, kita perlu mengenal pasti setiap langkah yang bakal diambil bagi mencapai cita-cita tersebut. Bermula dengan keinginan yang tinggi untuk menjadi kaya, ia seharusnya disusuli dengan rangka perancangan yang jelas supaya kita dapat mengurangkan risiko melakukan kesilapan besar dan terus fokus dalam melaksanakan pelan tersebut.

Namun begitu, segala usaha yang dibuat hanya dapat dikekalkan sekiranya motivasi untuk menjadi kaya turut dapat dikekalkan. Ia adalah momentum yang perlu sentiasa wujud dalam diri kita. Ibarat kereta tanpa enjin, kejayaan tidak mungkin dapat dicapai tanpa aspirasi dan motivasi diri yang tinggi.

Seterusnya, setiap langkah yang diambil haruslah relevan dengan cita-cita yang mahu digapai. Untuk menjadi kaya, antaranya kita perlulah mempunyai matlamat yang realistik, menguasai ilmu yang berkaitan, bersedia menghadapi cabaran yang bakal dihadapi dari segenap sudut, berfikiran positif, tidak malas, menguasai lapangan komunikasi dan pengucapan awam (public speaking) dengan baik serta menambah rangkaian kenalan (network).

Setiap perkara yang dinyatakan di atas sangat signifikan kepada mereka yang bercita-cita untuk bergelar seorang jutawan. Sebagai contoh, kemahiran berkomunikasi secara berkesan membolehkan kita menonjolkan kebolehan serta kemampuan kepada mereka yang berminat untuk berurusan dengan kita selain dapat mengelakkan salah faham.

Meramaikan kenalan pula secara tidak langsung dapat memperlicinkan usaha yang kita lakukan kerana menurut kajian, 85% daripada kejayaan dalam perniagaan (contohnya) adalah hasil daripada pertolongan orang di sekeliling kita. Ia menggambarkan betapa pentingnya meramaikan kenalan dalam urusan perniagaan.

Seterusnya, untuk berjaya seseorang itu perlulah mempunyai fikiran yang berorientasikan perniagaan (business minded). Setiap perkara yang dilakukan haruslah berbaloi dengan kos, masa serta usaha yang telah dikorbankan. Namun begitu, sebagai seorang Muslim, urusan tersebut tidak seharusnya dilakukan sehingga tesasar dari batasan agama yang sebenar.

Antaranya, Islam mengharamkan umatnya terlibat dalam riba’, rasuah, monopoli dan lain-lain. Namun begitu, Islam menggalakkan kita untuk mencontohi sikap serta usaha yang telah dilakukan oleh mereka yang sudah berjaya. Ini kerana, kejayaan orang lain sebenarnya adalah perentas jalan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam meniti kejayaan. Idea asas kejayaan mereka bolehlah diadaptasikan dalam perancangan kita.

Melihat kepada kepentingan menjadi kaya untuk menaikkan imej serta memajukan umat Islam secara keseluruhannya, Telaga Biru Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan buku hasil tulisan jutawan muda negara, Dr. Irfan Khairi yang bertajuk “Nota Jutawan Nota Motivasi”.

Kekuatan utama buku ini terletak pada penulis buku ini sendiri iaitu Dr. Irfan Khari, seorang pakar yang sangat terkenal dalam dunia Internet. Beliau mempunyai peminat yang sangat ramai, terbukti melalui kehadiran peserta yang begitu ramai dalam setiap kursus yang dianjurkan beliau.

Buku ini secara khusus mensasarkan kepada mereka yang cenderung untuk meningkatkan taraf hidup pada usia yang masih hijau. Ia menggalak serta memberi panduan kepada anak muda untuk belajar berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



Powered By OpenCart
Djrizal Enterprise © 2017